Thursday 8 December 2011

when Alice ada beberapa minit untuk menulis.

salam. lama dah tak tulis papa. haha. sekarang makin busy. busy ini. busy itu. minggu lepas dengan minggu ni sangat jarang pi berhibur. tight budget tanpa sebab. dinner pun maggi ja. haha. kena save duit dah umur-umur macam ni. leh guna buat kahwin. ;p

nak tulis apa? aku ada Noel sekarang. apa Noel? teka sendiri. haha. sekarang pun dah jadi makin berdisiplin. orang makin banyak bergantung dekat aku. aku kena bawa dorang ke jalan kebenaran. apa yang tak berubah? ermmmm. status? haha. tak berubah. in an invisible LDR. ;p

mood happy. esok pi lab lagi. hujung minggu da site investigation. bunyi megah entah papa walhal biasa ja. haha. best juga rasa sekarang. semua ada. puas hati la. =)

harap-harap korang semua dalam mood yang happy juga. 
amin.

Monday 14 November 2011

when Alice punya flight kena reschedule.

assalamualaikum.

rasanya beberapa hari ni memang kena call hotline. hari tu PTPTN. then MAS. okeh. aku nak marah MAS sebab rescheduled my flight and langsung tak kasitau yang flight dah kena rescheduled. dia nak tukar pi mana tak kisah pun. tapi BAGITAU. that is the most important thing. ni tak. check in ja cakap flight number tak exist. kita pulak yang kena keluar duit telefon hotline diorang tanya apasal takda number flight tu.

then called la hotline. the perempuan tu sangat bagus. siap main ABC kamirang. haha. X for X-Ray, N for Norway. ya la. nak recite reference number tu bukan senang. huruf semua tu. mula-mula recite salah ni. siap gelak dalam telefon kitaorang sebab nama yang keluar tu seriously tak ngam untuk aku. haha. jadi recite sekali lagi, dia tolong check semua and yes. that woman is very nice.

okay la hotline MAS. mesra. takda perang-perang. and tadi aku baru pi follow up balik dengan PTPTN. hotline kali ni seorang perempuan. and this one is very, very, very nice. sangat profesional. details kita dia ambil satu-satu. siap kasitau nama dia siapa. nice nice. tapi tak ingat nama dia. tapi memang best.

jadi siapa-siapa nak call PTPTN. call ja. dorang memang best. MAS pun okay. just one thing ja. jangan call time korang marah. =)


Friday 11 November 2011

when Alice menelefon PTPTN.

assalamualaikum.

aiseh. pagi-pagi rajin gila blogging. hehe. semalam dah buat 4 slides. okay la tu berbanding takda papa dulu tu. nanti nak buat lagi. kena rajin berusaha. esok mungkin pi jalan-jalan. mungkin.

hari ni nak cerita pasal PTPTN. aiseh. siapa yang suka PTPTN ni? aku ikhlas tak gemar tapi diorang memang dah tolong kita belajar jadi aku tak cakap aku suka, tak cakap tak suka jugak. cakap tak gemar ja. cakap tak suka macam tak mengenang budi. aku adalah antara orang yang tak apply ujrah atas banyak sebab. apa-apa penambahan ja atas bayaran tetap dipanggil riba and bagi aku, ujrah tak ujrah, tetap riba.

and kita tetap kena bayar kos asal + kos penambahan.

kalau sambung cerita kang jadi ustazah aku, jadi next time la. aku ni tak suka berhutang. siapa yang dah tengok hidup bekerja aku confirm tahu tu. da hutang sikit aku nak bayar cepat. sama macam PTPTN ni. dapat duit gaji, first thing aku akan ingat is PTPTN. banyak portion gaji aku, aku salur dekat PTPTN. biar sikit ja kos tambahan aku kena bayar month by month. tetap juga kos tambahan tu banyak. camna la tu? aku cakap kat diri aku sendiri, aku hanya akan kahwin lepas habis bayar PTPTN. apa la kahwin tapi berhutang kan? jelas-jelas financial tak kukuh. tapi.... bila la tu baru habis bayar? kuang kuang kuang~~~

pendekkan cerita. semalam aku tolong bayar untuk Boy dia punya PTPTN. entah syaitan mana pi masuk internet aku tiba-tiba transaksi aku gagal. paling sadis, aku punya akaun kena tolak. dahla time tu maghrib. makin la urat buluh darah aku penuh dengan syaitan. tapi nasib baik dapat bertahan, tak pi marah-marah suka hati. kena rasional. ni pasal duit. nekad. esok kena call PTPTN. 

ni baru pas call la ni. aku kesian kat PTPTN. orang cemuh diorang berbagai. (termasuk beberapa ayat aku dekat atas tadi tu, cemuhan sopan) jadi aku puji diorang la bawah ni. dia punya pegawai khidmat pelanggan sangat okay. selamat pagi semua-semua. tanya pun elok-elok. mamat lelaki la. aku paham juga konsep attraction antara gender berbeza. tapi tak kisah la, dia layan baik. siap tolong isi borang aduan. minggu depan follow up balik macam na duit tu. aku perasan juga ledger bulan 10 tak update lagi untuk semakan PTPTN. tapi tu urusan ledger. yang aku nak puji abang pegawai khidmat pelanggan tadi. hehehe.

jadi korang, kalau nak call dia punya pegawai khidmat pelanggan yang 03-20804455 (ingat sebab banyak kali call tak through operator which means call kita tak masuk) korang call ja. sopan betul dorang ni. (bukan salu kan orang puji PTPTN. aiseh) aku ja mati-mati ingat ada perang ka apa dengan dia punya pegawai tadi. well, depend dengan korang yang nak call juga kot. kalau korang marah-marah, dorang marah-marah juga la kot. entah. aku cool ja tadi. biarpun duit aku dah kena potong. kalau tak, refund refund refund. kalau dia tak refund.... tu kes lain.

just nak cakap abang PTPTN pegawai khidmat pelanggan tadi memang cool. selamat hari raya aidil adha bang. =)

Thursday 10 November 2011

when Alice is waiting.

assalamualaikum.

aku dah siap minit mesyuarat semalam. time maghrib lagi tu buat. bayangkan betapa tak produktifnya otak time tu. then moody gila semalam. aku ingat nak start buat pa yang boleh nanti. macam timing tak suruh aku buat awal-awal. bila aku sendiri yang naik nervous, bahaya tau. aishh.

aku buat ja la apa yang ada dulu. salu aku buka powerpoint tu terus aku tak tau nak buat apa. teruk betul la perangai dan otakku. kena kasi biasa ni mengadap powerpoint tu sampai idea datang.

macam takda idea nak tulis apa. aisehh. macam ni la aku depan powerpoint. taip-taip then padam. tongkat dagu beberapa saat then pusing-pusing kerusi. apa niii.

doakan aku ada idea untuk menulis. amin.

Wednesday 9 November 2011

when Alice dah tak mahu jadi geisha.

assalamualaikum.

*try tulis salam tanpa googling* haha. lucu kan. anyway, selamat pagi. hari ni kena semangat lebih sikit. aku nak start buat progress tu. macam banyak betul benda nak kena buat tapi otak aku prefer last minute. kalau orang tanya aku kan, "ko tak takut ka buat kerja last minute?" siapa yang kenal aku, dorang tau, aku ni sorang yang sangat optimistik. aku bukan sekadar optimisitik, aku sangat optimis. bagi aku, last minute tu bukan a disease ataupun sesuatu yang menakutkan, its a catalyst. catalyst biar kita buat dengan lebih baik. kalau buat awal sangat there is a chances yang aku akan menyeleweng. well, i am talking about myself, it is not applicable to all human being. hehe.

owh, talking about tak nak jadi geisha lagi, yes. dah tak mahu dah jadi geisha. penat. after all tu bukannya my husband ka apa. just sekarang ni, kalau nak mintak bayar PTPTN tu ja me akan contact dia. other than that, no. kalau dia mesej baru layan sekali dua then cukup la. he is the past, i am moving on. each day pun akan moving on. day by day kita akan lupa apa yang ada di belakang yang buat kita sedih. kita akan bergerak ke hadapan dengan benda yang happy. 

and i am not bringing our memories to the future together with me.

i prefer to just left it in the nearest saving point, let the game saved, and moving on with a new saving slot, let his slot sit alone, untouched. we had enough. i had enough too. we are friend, we are syncing as a friend.

so......right now i can concentrate cari that people yang akan tie me down. inshallah. =)

Tuesday 8 November 2011

when Alice is MIA for few months.

assalamualaikum. aisehmen. lama gila aku tak blog papa. busy melampau pun satu hal. tak nak buang masa pun satu hal. kalau tanya aku guna masa dengan berhemah ka tak, macam.....ya dan tidak. haha.

aku nanti kena buat paper. tak start pun lagi. abstract buat setengah jam. bertuah punya budak kan aku ni. aku pun memerangkap setiausaha, jadi banyak kerja la. mana lagi nak mengajar. tension sana sini.

blog private tu pun aku tak update sangat dah. walhal banyak benda best terjadi. tapi aku pilih untuk let it be, enjoy ja apa yang berlaku. benda yang best, of course, akan lekat dalam otak and hati, bukan di blog semata-mata kan? lagipun bagi aku event yang terjadi semenjak dua menjak ni lebih bersifat personal, its my happiness. bukan tak nak share, just tak boleh share. aisehhhhhh. ;)

mungkin jadi lebih matang, aku tak kisah pun disebut matang ni. yala, matang tapi masih gila-gila. tak la nak jadi budak kecik ja selalu. makin banyak benda and matters yang memerlukan otak berfikir dengan logik, no more stupid punya suggestion. kau cakap benda-benda bodoh ko jugak yang kena. dalam meeting pun fast paced. time dekat universiti dulu panjang gila meeting, benda tak berguna selalu kena ungkit. ughh. first time aku metting dengan diorang senior officer hari tu, otak digenerate dengan sangat baik. takda ketawa-ketawa. mulakan soalan pun dengan basmallah. we talk things here, not joking. perghhhh. tak lama lagi tua la aku pasni.

dah takda masa nak buat drama. hari tu menangis time driving pun aku rasa macam bodoh. haha. jangan tanya kenapa. tapi yang penting, dia tak nak aku sedih jadi.....jangan sedih! senyum!

entah korang paham ka tak. hahahaha. yang penting aku paham. tataaa.

Wednesday 14 September 2011

when Alice rasa macam mau bunuh orang.

ada satu mamat ni. aku serius rasa macam nak bunuh dia. dari aku touch down. salah. dari aku kat rumah lagi. salah. dari tahun-tahun yang lepas, asyik nak menyusahkan akuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu ja keja dia. sikit-sikit aku yang kena cover. sikit-sikit aku yang kena consider. seriously, kalau ko tak pandai nak berubah, pergi JAIS sana mengucap, call bapak aku, tunggu dia sampai, then gi masjid, kita kahwin ja.

yes, aku serius. aku rasa macam penjaga rumahtangga dia yang setia. in fact, aku ada ciri-ciri bini yang bakal kena madu kalau dengan dia ni. lagi tepat, bini paling tua. arghhh. geram aku. semua benda aku kena cover. salah sini, salah situ. duduk diam-diam. jangan buat perangai. ko buat perangai boleh la? dasar jantan.

aku tak tahu takdir nak bawa kami pergi mana, berapa kali maaf aku akan kasi kat dia pasni aku pun tak tahu, tapi aku memang dah penat. yes. yes. banyak kali dah aku cakap aku penat. tapi pusing sana, pusing sini. dia jugak.

aku penat. sabar aku menipis. uffffffffffff.

Saturday 20 August 2011

when Alice dah sampai rumah!

salam. aku dah sampai rumah. hee. semalam sampai terus tido tak sedar diri. bangun sekejap, ambil wudhu, buat Zohor, tidur balik. bangun sekejap lagi, ambil wudhu, buat Asar, tidur balik. bangun sekejap. OH TIDAK!!!! dah nak maghrib. cuci muka, main dengan kucing 10 minit, terus azan. teruk kan? aku pun istighfar panjang-panjang semalam. tapi logik la. aku tak tidur beberapa hari ni.

raya ketiga baru aku akan rasa sangat excited. semua family aku balik time tu. orang tersayang pergi jauh minggu depan. sedih tapi takpa la. boleh jumpa lagi. doa yang terbaik untuk dia. dia boleh tu. hee.

aku tak tau juga nak tulis apa ni. aku dah addict game facebook balik. mafia wars tu memang dah lama main. terus aku jumpa The Sims Social. yahh. best. addictive juga la. main MapleStory. itu aku memang main dia punya MMORPG. aku gamer tahap hardcore. nak buat camna. dulu game kat facebook ni tak memuaskan sangat bagi aku. aku nak excitement. graphic. quality. yang gerakkan minda. bukan sekadar meklik-klik letak pokok-pakak sana sini. tak. and sekarang ni, game facebook dah makin berkualiti. tahniah facebook! *tiba-tiba kan*

kalau korang minat hindustan and minat lagu punjabi, cuba dengar lagu rabba main toh mar gaya oye. bawah tu da dari youtube. aku suka yang melampau-lampau lagu tu. dia classic + contemporary punya style. tapi dia tetap preserve style punjabi. sedap sialll. perghhh. aku dah on repeat dari minggu lepas. OST lain-lain dari filem Mausam pun sedap gila. memang ton punjabi yang cantik. sedap sedap sedap sedap. thumbs up la dengan dia punya composer. excited gila nak tengok dia punya movie nanti, Mausam. ada boyfriend aku dalam tu. haha. aku minat gila Shahid Kapoor. oh, sangat excited!

pelik kan aku. bole tau pasal incoming film hindi. hee. aku lebih suka tengok filem hindi dari drama korea. jadi korang tak bole nak marah aku juga aku tak follow korea. hee. okay la. selamat berpuasa. sayang korang. wassalam.



Tuesday 16 August 2011

when Alice is happy.

salam. hee. happy gila hari ni. map dah siap label walaupun serius sangat kosong and kalau dibawa tengok boss esok ni confirm kena marah, tapi at least dah siap, sangat bahagia. hee. and tadi dah bank in duit untuk tudung bawal. serius, aku lebih suka tudung bawal. sampai tua la nak dengan tudung bawal ja. haha. muka aku panjang, tak ngam pakai tudung ekspress and selendang. tudung bawal bagi ilusi muka bujur dekat aku, tu yang aku suka.

aku suka Ramadhan kali ni. walaupun permulaannya aku sangat stress sebab terkejar-kejar benda yang tak patut. tapi Ramadhan ni telah membukakan mata aku. siapa yang sayang aku, siapa yang tak sayang aku, siapa yang sayang aku dalam diam. hee. siapa yang tak pernah putus asa teman aku walaupun dia stress and siapa yang tak nak tunjuk kat aku dia stress tapi nak juga usaha teman aku.  

siapa yang dari mula lagi tolong aku, tanpa harap apa-apa pun, biar susah mana dia nak juga tolong aku.

aku pun terkejut sebenarnya. aku tak pernah suspect orang ni akan cuba sedaya upaya untuk aku. in fact, aku tak tengok pun dia dari mula. sekarang time puasa ni baru nampak. alhamdulillah. terkejut tapi lega. syukur kepada Allah.

bila dia tanya aku hari tu, aku senyum automatik. tak dapat tahan. sangat spontan dia cakap. and aku nampak dia senyum juga walaupun dia nervous. hee. tak lama lagi dia jalan jauh. sedih juga la sebab baru perasan sekarang. and tak gunakan apa-apa peluang pun. tapi bagus la juga. lepas dia balik nanti kalau dia masih berkenan, kan bagus. aku tak ready pun nak jump ke dalam mana-mana responsibility sekarang ni. responsibility sekarang pun setengah nyawa aku cuba buat.

insyaallah. kalau ada jodoh tak kan ke mana. wassalam.


Wednesday 10 August 2011

when Alice found her light.

salam. kali ni mood sangat baik. baru balik dari ceramah agama. ko jangan main-main! ceramah agama tengah hari buta! haha. mula-mula aku syak wasangka juga la. napa buat ceramah agama time tengah hari. jadi dengan yakinnya bawa buku field, konon untuk baca. haha. gila teruk punya perangai kan. sampai-sampai tempat belum da orang. tapi da boss besar nombor 2 kitorang. dia baik gila. and dia suka cakap dengan aku, menyebabkan aku rasa kurang selesa sebab yang lain tak kena layan. adeiii. sepanjang ceramah tu pun dia suka tengok aku. ehem! perempuan okay. aku ni muka macam calon menantu kot. hahaha.

rewind balik pi awal pagi. meeting tadi first time kan aku. jadi blur-blur dan langsung tak cakap! jadi tukang gelak ja. ketua unit macam nak bawa aku bercakap, tapi, aku memang bukan jenis cakap jadi minta maap bos! aku nanti tolong ketua projek. takda kerja spesifik. woohoo. dahla aku ada history kurang baik dengan ketua projek. takpa la. tadi duduk sebelah dia, dia macam okay ja. dia jenis main lepas ja kan. seriously, dia adalah antara orang yang aku sangat lepas cakap. aku hari tu cakap dengan dia aku tak nak tengok muka dia. nah! pernah ko dengar aku cakap camtu dekat orang lain? takda kan? time degree dulu pun takda aku cakap camtu. haha.

berbalik kepada ceramah agama, aku sangat suka la ustaz tu. aku like berkali-kali la dia ni. dia jenis sentap, tapi sentap dia nice gila! aku requote balik apa yang aku ingat, kalau salah, tegur-tegurkan la. dia bagitau, "siapa cakap ko kena pi terawih tiap-tiap hari? sunat ja tu." aku suka ayat tu. orang kat sini treat terawih tu macam wajib. aku tak suka. kalau tak pergi macam salah. "sapa cakap kita kena buat 20 rakaat? ko malu nak kuar awal jadi terpaksa buat 20? sapa suruh?" lagi aku suka. dia cakap 20 rakaat tu adalah untuk bagi penghormatan dekat Saidina Umar al-khattab sebab dia yang selalu terawih 20 rakaat. Rasulullah buat 8 rakaat. and Baginda tak buat tiap-tiap hari. banyak benda dia cakap tadi aku suka. aku taip ja la. alang-alang. haha. pasal niat. niat dan lafaz tu dua benda yang lain. tapi dia synchronize. tu yang buat perfect. time solat, niat yang wajib, bukan lafaz. Rasulullah solat terus angkat takbir. ya la. niat memang dah ada dalam hati kita. kita tengok jam, eh Zohor! nak Zohor la dulu. haa. kan dah niat dah tu. simple kan Islam.

ustaz tu cakap lagi bulan puasa ni da 6 benda kita kena ingat. first, kita puasa ikhlas kepada Allah SWT. kenapa kita nak rushing pi terawih walhal tak wajib pun tu? sebab bulan puasa adalah bulan kita paling ikhlas. keikhlasan kita wujud sendiri, tak perlu sebab papa. second, niat. ingat! niat dan lafaz lain. cukup ja dalam hati niat nak puasa. tak perlu bagi alasan lupa nak lafaz puasa jadi tak nak puasa. third, jauhkan diri daripada syirik. kalau kita syirik, kita takkan kena maaf Allah, kecuali kita taubat. pemahaman sekular adlah menghampiri syirik, tak pun memang dah syirik, jadi tanya diri sendiri la kita ni pemahaman sekularisme ka tidak. jangan percaya benda-benda selain Allah. baca al-Quran, berapa kali Allah cakap jangan duakan dia? banyak kali.

fourth, ikut sunnah Rasulullah. yang sebetul-betulnya. bukan hadis palsu. tuntutlah ilmu hingga ke negeara China tu hadis palsu. walaupun bagus, tapi kita tak boleh cakap tu hadis. jangan ubah-ubah hadis, dosa. check dulu sahih tak hadis tu, bila dah yakin baru pi war-warkan dekat orang. fifth, jangan tamak. pi bazaar, jangan tamak. bazaar tu pun bukannya ada dalam Islam. kita boleh tolong orang berniaga, tapi jangan sampai sendiri rugi. sixth, refresh balik kualiti ibadah kita. cukup ka tidak. tak cukup, tambah. sedekah sikit harta. bagi kat anak yatim ka.

banyak benda aku belajar. nak tulis banyak lagi. tengok la kalau rajin buat part 2. hehe. best tau ustaz tu. last, dia bagi soalan bonus. napa manusia tetap juga nak buat dosa time Ramadhan? cepat fikir sebelum pi perenggan seterusnya! fikir 5 minit, cepat!

dah?

pikir lagi!

ni....

sebab syaitan dah didik kita 11 bulan. kita dah belajar cukup-cukup. pass exam. CGPA pun boleh tahan. cuti semester kita dengan syaitan ni la bulan puasa. then Syawal kita enroll balik pengajian dengan syaitan ni.  tambah balik mana yang lupa time Ramadhan.

best kan jawapan dia? double triple meaning. fikir-fikir la. banyak maksud di sebalik ayat-ayat sentap tu. wassalam.


Tuesday 9 August 2011

when Alice is feeling better.

salam. hee. hari ni mood aku lebih baik dari semalam. in fact, jauh lebih baik. ada la sebab diaaaa. panjang cerita tapi ketahui la ianya atas dasar yang baik. hee. semalam iftar dengan geng-geng ofis. rasa sangat best walaupun biasa-biasa ja kami makan. tak lama lagi balik, kena salu lepak-lepak dengan diorang.

balik rumah semalam nampak satu mutiara sangat cantik. lebih cantik dari mana-mana mutiara. aha. cousin baru. 7hb hari tu dia lahir. tak ambik gambar lagi sebab tiap kali nak ambik mesti tangan penuh kiri kanan. syasya nama dia. nama full tak tanya lagi. uncle nampak penat. aunty pun camtu gak. tapi gigih gila dah naik turun tangga, mandi semua. kalau kakak aku tahun lepas, adeiii. tapi ni dah anak ketiga dia, logik la jugak dia macam dah biasa. cousin-cousin lain kecil lagi kan semua. abang sulung mungkin paham, tapi yang no 2 tu baru ja sambut birthday 1 tahun, dah jadi kakak. adeii. kalau aku kang, camna ah? ada la planning. tak bole bagitau dulu kannnnn. hee.

hari ni nak buat log. tiga-tiga log kalau sempat. first log tadi dah salah buat. nasib baik bulan puasa. padam then tak bising-bising. malas nak bising. buat kering tekak tengah puasa ni ja bising-bising pasal benda tak berbaloi. baru buat satu, dah nak siap tapi tengok dah jam satu lebih jadi rehat la kejap. nanti sambung balik. malas nak push diri sendiri sebab rasanya aku down sebab aku push diri terlampau-lampau minggu lepas. slide dah siap 2 keping, tapi pikir-pikir balik, benda basic macam map dengan log belum mantap, napa nak tergesa-gesa siapkan slide? jadi nak slowkan balik rentak. tak perlu rushing, pelan-pelan. okay ja tu nanti, kan?

esok ada meeting. haha. sejak bila la aku ni perlu pi meeting pulak. takpa la. maksudnya esok kena turun awal. oh no. hari ni pun aku pasang 5 alarm dah tetap lambat 30 minit bangun? aisehh. jadi pengajaran untuk hari ini, senyum selalu, pasang niat yang baik, buat kerja diam-diam, Insyallah, Tuhan tolong kita. =)

tata. selamat berpuasa. wassalam.


Monday 8 August 2011

when Alice is confused.

salam. walaupun dah seminggu tapi tetap juga nak cakap, selamat berpuasa! tak pecah lagi, bangga. haha. hari tu pi field time puasa ketiga, dah la tak bangun sahur. ya Tuhan, hanya aku yang memahami perasaannya tu. tekak kering gila. seluar pulak koyak. nasib baik pegi dengan manusia paling memahami perangaiku.

nak gitau la, seminggu lepas rasa sangat...lost. aku tak paham napa. orang cakap A aku akan tanya balik napa A? napa bukan AA? aku baca buku, ayat dia cakap B aku akan tanya dalam hati aku napa bukan BB? aku nak ja lawan setiap benda yang dibentang kat depan aku. aneh. sebab aku bukan jenis melawan. jadi bila aku mendapati diri aku melawan setiap benda yang disuap dekat aku, aku rasa aneh dengan diri sendiri. and terus lost sebab aku tak puas hati. apa yang aku tanya takda orang jawab.

and lama-kelamaan aku makin kurang sabar. ni macam bukan aku. eh, salah. ini memang bukan aku. aku nak tunggu ada orang smash aku kat kepala, suruh aku sedar. dah-dah la melawan cakap orang, dah-dah la pilih benda yang salah, cuba la untuk bersabar. banyakkan berdoa, jangan putus asa. satu hari nanti akan datang benda yang baik. apa yang aku pilih selama ni banyak yang salah. aku suka benda yang salah, yang tak bagi manfaat, walhal. aku boleh ja dapat benda jauh lebih baik. jalan aku betul, niat pun kena betul jugak. jangan duduk mengelamun dan bersedih atas benda yang salah. pilihan yang salah. bergembiralah sebab pilihan salah tu tak kacau hidup lagi. jangan la sedih sebab pilihan yang salah. boleh tak seseorang smash aku sekarang sambil sedarkan aku? aku sedar tapi aku tak buat. apa la tu? degil? mungkin, aku degil. nak juga buat benda yang salah. tapi aku tak mau kena hukum Tuhan baru sedar. tak mau. aku tak sedia, aku tak mampu. Nabi Yusuf sanggup dipenjara bertahun-tahun daripada terus digoda. kenapa aku tak boleh bersabar dalam sejam dua?

Ya Allah, tolong la aku. kalau bersedih akan bawakan aku ke jalanMu, sabarkanlah aku dalam kesedihan ini, aku percaya kelak aku akan gembira di hujung hari, dekat padaMu, dan bukan di jalan yang sesat. 

Amin.

Friday 29 July 2011

when Alice is in working mode.

salam. tadi kebosanan. pastu laptop hang kejap sebab Winamp. dah makin tak stabil pulak Winamp. nanti la update baru. minggu ni rasa sangat produktif! suka suka! akhirnya setelah berjaya bangkit daripada mode 'data yang langsung tak lengkap', tiba-tiba terbuka hati nak pi lab thin section.

dan duniaku berubah serta merta. kalau dulu, tu la tempat lepak pagi-pagi sambil makan roti sambal bilis gardenia. haha. sebab lambat buat thin section kan, time aku dengan partner in crime aku buat thin section dulu tu, orang lain banyak dah tak pi dah lab tu. lain tau perasaan dia. rasa sangat nostalgik. then kakak aku pun bising dengan menyentap aku bahawa aku ni macam buang duit ja, kerja langsung  tak buat, melancong ja lebih, jadi aku pun dengan yakinnya memotong satu batu.

sakit wei tangan aku sampai sekarang. lemah gila. haha. tapi best. sini corundum banyak gila. ikut suka hati kau buang ja. lakeside cement pun bersepah-sepah. sampai boleh bina rumah mini model. haha. lucu aku tengok. sebab sekarang tak ramai lagi orang kat sana, baik aku buat mana yang ada dulu kan. ni nak turun sambung lagi la ni pasni. dah 4 batu habis potong. ingat rehat la dulu kejap dari potong batu. nak gosok atas cermin dulu. sambil emo-emo sendiri.

haha. takpa. malas nak emo-emo. sehari dua ni pun dah cukup emo. yosh! usaha! hee. tata.

wassalam.

Tuesday 26 July 2011

when Alice is dying to write.

salam. aku tengah tension atas banyak sebab. sebab utama, LiveJournal ni boleh ja p main page tapi tak bole login. come on la. dah berapa hari dah aku tak update private blog aku? mana best macam ni? aku maintain kot blog tu. aish. geram tau. last-last terus down sampai main page pun xboleh nak pi. haiya. napa ni? second, aku punya project. aku memang geram cipan dengan diri sendiri. bila aku nak buat kerja la baru aku perasan sejuta satu benda aku takda buat time pergi field. bila nak build up data langsung tak dapat buat sebab data tak cukup. kerana mengelabah aku terus mesej Danny yang dia tak reply sampai sekarang. aiyo.

okay. aku officially geram dengan Chrome. aku pi login dari Mozilla okay ja what?? okay.situasi lain dah. sekarang pun dah tiba-tiba susah nak masuk walaupun melalui Mozilla. tahniah la livejournal. aku memang tension dengan hang. aiyoooo.

aku beberapa hari ni okay ja. takda hala tuju seperti biasa. haha. pi ofis memang semangat bila tengok satu section ni. section favorite aku. tapi memandangkan data aku pun macam haprak, jadi baik aku pi field balik. jangan berangan nak process data la! aish.

aku bad mood ka ni? mungkin. livejournal punya pasal. blame it on livejournal. sekian.

Friday 22 July 2011

when Alice rasa alim siiiiikit dari biasa.

salam. beberapa hari ini, rasa sangat lost dan takda hala tujuan. jadi time lost ni aku memang akan pergi buka tafsir. untuk ingatkan diri balik apa tujuan aku kat dunia ni. jangan nak pikir pasal benda tak guna. ya la. aku salu pikir benda yang tak berfaedah. pastu emotional sendiri. adeiii. i like la the publisher of that tafsir, dia takda pun cakap tak boleh publish kat mana-mana tempat lain and so on. ya la. Al-Quran tu milik suma. aku pandang pelik kalau yang tu pun korang nak copyrighted gak. that is for everyone tau.

aku tak alim. apa aku tulis ni pun berdasarkan ilmu aku yang cetek ni, kalau aku salah betolkan la. nak cerita sikit pasal Surah Al-Fatihah.surah pembukaan. ni la surah pertama yang aku belajar time sekolah-sekolah dulu. aku dulu time sekolah rendah masuk yang agama punya, jadi ingat juga la usaha kuat menghafal surah-surah dulu. haha. berbalik topik asal, Surah al-Fatihah ni ringkas tapi sangat mendalam bagi aku. apa-apa pun kita buka dengan surah ni. aku pernah attend satu function dekat mana tu rahsia la. tukang doa tu naik-naik podium terus doa biasa beri rezeki tu. tak buka pun dengan surah al-Fatihah. aku nampak muka kawan aku, berubah habis. sayang tau. tukang doa tu dah cantik dah alunan dia. kitaorang berfikiran positif, dia gugup, tu yang terlupa minta orang buka dengan al-Fatihah dulu.

al-Fatihah pun surah yang paling banyak kita baca sehari-hari. time solat, habis solat, bangun tido, nak pi tido. macam-macam lagi la. time sekolah rendah ingat lagi ustazah tanya. korang baca-baca ni tau tak maksud dia? nah. dengan maksud al-Fatihah ni kitaorang hafal. time matrik, kena lagi dengan ustazah lain. tau tak pa maksud dia. sapa tau angkat tangan. surprisingly sorang pun tak angkat. aku memang naturally timid, aku terus jadi segan nak angkat. tapi. aishh.

bagi aku, aku sangat suka maksud surah ni. simple. straight forward. pengakuan ikhlas dalam bentuk paling ringkas. dimulakan dengan pujian kepada Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang, yakni pemunya hari Kiamat. satu-satunya Tuhan yang disembah, kami memohon pertolongan agar ditunjukkan jalan yang lurus dan benar iaitu jalan orang yang diberi nikmat dan bukannya jalan orang yang murka dan sesat.

simple kan? dalam solat jangan lupa terapkan. jangan fikiran merewang. =)

 tata. wassalam.

Tuesday 19 July 2011

when Alice is missing someone she shouldn't.

salam. hari ni rasa sayup-sayup ja jiwa. tapi xtau la pulak napa. rasanya tau napa, tapi kadang-kadang lebih baik buat tak tau. bila tak tau, jiwa akan rasa innocent. tapi kalau tau tapi buat-buat tak tau tu hipokrit.. ya tak? ko percaya tak, cinta yang tak pernah mati kepada satu manusia? ala. macam dalam drama-drama. tunggu bertahun-tahun. macam girlfriend Allahyarham Rosli Dhobi pejuang kemerdekaan yang tak pernah kahwin sampai umur dia dah 80an kot sekarang. epik kan cinta diorang?

baru dapat tau tadi bakal mengajar sem depan. aish. kecut perut beta. bukan apa. banyak faktor la. haha. susah nak explain, tapi masih belum kick lagi feeling tu. cuba la, and akan cuba tak complain papa. Boy pun dah perasan aku makin banyak complain. dia kata tak macam aku dulu. 

cakap pasal Boy ni. aku nak explain la pa hubungan kami dua. banyak orang tanya, aku dengan dia ni apa sebenarnya. aku balik dengan dia ka. tak jugak. ntah. sebenarnya aku pun tak tau pa hubungan kami dua ni. pa nama dia. pa tahap dia. aku tak tau. dia pun tak tau. selalu aku tanya dia, dia pun tak tau. dia cakap kalau nak cakap dekat orang lain yang dia tu boyfriend aku, dia tak kisah. kalau aku nak cari laki lain kan, dia cakap dia okay ja, pastu kalau dah nak hantar aku balik tu, mesti dia cakap, "kalau kau cari laki lain sa sedih, tapi sa tak halang." haha. comel budak ni. mixed feelings tau bila cakap pasal dia ni. dia la laki paling aku sayang, dia la laki paling aku benci. dia la manusia yang tau aku dari a to z. dia la manusia yang tau aku gembira ka sedih hanya tengok muka aku sekilas ja. dia la laki aku paling nak escape tapi last-last tetap akan pusing u-turn maut hidup aku balik kat dia jugak. dah 2 tahun lebih, banyak kali dah u-turn maut. aku pun tak paham napa last-last dia jugak. aku labelkan hubungan ni dah oversaturated. yala, macam ujian kimia dulu. tak boleh nak kasi cair dah, tak boleh nak pekat lagi. terlebih tepu. tak boleh balik jadi kawan, tak boleh lebih macam kapel. aku tak leh tak layan dia, 2 tahun lebih ni aku tipu kalu aku cakap dia layan aku jahat. sebagai pompuan ya, dia jahat, tapi sebagai manusia, dia dah tolong aku banyak. aku cakap tak nak jumpa dia sebulan dua. seminggu pun tak pass. haha. aku tak pernah tinggal dia betul-betul. dia pun selalu cari aku. kalau tak aku, dia. memang hubungan dua hala. takda yang syok sendiri. haha. sebulan ni la, dia layan aku lain. bila part Albus Severus Potter tu, sungguh dia tengok muka aku. haha. lucu betol dia time tu. time makan, dia tengok aku betul-betul. seram jugak nyawa. tapi. nak cuba lagi? 

tak kot. takut. tak. kami dah usaha sehabis baik dulu. kalau cuba lagi kan maksudnya kena usaha lagi baik dari dulu kan? dulu tu pun hati aku koyak rabak, aku tau dia pun penat dah usaha. aku tau. aku nampak. aku tak nak tengok dia buat benda pelik-pelik lagi. sekarang pun dah pelik. nama aku ada dekat badan dia 24jam, tak pernah hilang. haa. hari tu, aku pi pindah la barang dari dompet lama ke dompet baru. cabut-cabut semua kad tiba-tiba gambar dia keluar dari satu celah-celah bawah kad tu.

dia ada kat situ rupanya. tak pernah aku buang.

tata.

Friday 8 July 2011

when Alice sangat emotional.

salam. beberapa hari ini aku tengok drama sakan. and aku ni bila tengok drama, aku akan jadi sangat emotional. aku akan senyum sorang, jerit sorang. and bapak aku tak pernah tengok aku begitu.

sekali dia tengok, terbeliak mata dia. mesti dalam hati dia, "napa anak perempuan aku macam ni?" haha. time aku couple dulu aku tak se-emotional ni. paling teruk pun senyum sorang time bermesej-mesej. skang tengok drama sampai hentak-hentak kaki, bapak aku pun bimbang. haha. mintak maap pak, anak perempuan anda belum matang lagi.

sekarang ni tengah tunggu mesej orang tercinta. dia pi isi something untuk aku, bimbang gak, sebab dah dekat sejam dia tunggu aku, aku pulak tunggu orang lain. serba salah. harap-harap dia tak marah.

jiwang pulak sehari dua ni. aku pun dah habis tengok gumiho. best! tapi bagi aku ending dia boleh buat best lagi dari tu. takpa, janji masih best. nanti tak tau la pulak nak tengok drama pa, tapi yang penting bukan secret garden la. masih belum terbuka hati nak tengok cerita tu. haha. tengok cerita taiwan balik kot. cerita taiwan ni aku suka sebab realistik. mula-mula dia memang absurd macam kebanyakan drama lain. musang la, bertukar jantina ka, gempa bumi ka. tapi lepas tu, dia akan jadi sangat realistik, macam hidup kita sehari-harian. tu yang aku suka drama taiwan.

aku addict dengan satu lagu dari drama gumiho ni. Fox Rain nyanyian Lee Sun Hee. sedap sangat suara dia. dua-dua version pun aku suka. yang rhythm version, dia nyanyi dubirubiruraffa tu sangat menyayat hati. yang acoustic version tu pulak, flute tu buat lagu tu sangat cantik. and lirik dia sangat kena dengan diri aku. haha. *minta maaf la, aku memang jiwang sikit beberapa hari ni*. and secara rasminya, Seunggi adalah pelakon lelaki korea aku paling suka, kalo pompuan aku masih tetap suka Eunhye. Eunhye berlakon sangat ekstrim dalam Goong dengan Coffee Prince, aku suka gila. 

orait. dah meleret. tata. sayang korang.

Saturday 2 July 2011

when Alice is happy.

salam. aku ambik cuti 2 minggu. nak berehat-rehat. banyak sangat benda jadi. bila sampai rumah baru tau betapa tension nya aku selama ni. mana ini, mana itu. aish. nasib baik takda papa buruk jadi. 

hari tu pi tengok premier Transformers 3. midnight pukul 12 okay! mesti la tengok dengan orang-orang tercinta. haha. best! tapi balik tu aku tak dapat tido. sakit mata aku berjaga dahla pagi tu ada event pulak. nasib baik okay ja, tak pi makan orang. petang tu lepak-lepak dengan orang-orang tercinta lagi. ;p

aku kat umah okay ja. umah banyak benda baru. dah da ini, dah da itu. murah rezeki keluarga aku, Alhamdulillah. aku dapat berehat kat umah, tu yang paling pentingnya. nanti-nanti la baru fikir pasal kerja. malas tol. otak aku dah macam overworked. before puasa ini nak habiskan kerja kat site, time puasa nanti nak telaah ini, telaah itu. adoi.

aku baru nak tengok my GF is a gumiho. cik mai, jangan cerita ek drama ini camna ending dia. =) tata. wassalam.

Friday 24 June 2011

when Alice rasa macam nak makan orang.

salam. aku bad mood gila dari hari Isnin hari tu. hari Isnin hari tu p field dengan Danny. jadi dia la yang menjadi mangsa kemoodyan aku. aku siap jerit-jerit dalam kereta. ko bayangkan, tengah-tengah kitorang tengok-tengok site aku boleh nangis tiba-tiba! Danny panik! habis semua ayat penenang jiwa dia kuarkan. sampai balik pun dia masih mesej aku juga tanya  aku dah okay ka x. nasib baik Danny ni baik. hari tu p field macam xda hasil sangat. balik ni aku dah try betulkan apa yang patut, aku masih usaha. 

semalam lagi la sial. aku ni sangat cepat jeles. balik-balik umah aku sedih yang melampau-lampau. semalam ingat nak p saloon. sekali aku hampir kena langgar van. berderau darah aku. first time rasa macamtu! dalam lampu van yang silau menyilau tu aku rasa macam tu ja saat yang aku ada untuk hidup! macam buang masa ja aku sedih-sedih, jeles-jeles ni. tak guna pun. tapi aku p mesej gak ex aku sebab dalam dunia ni, dia sorang ja tau camna handle aku yang tengah down macam nak makan orang. sampai pukul 1 dia p lecture aku. tapi kan, aku suka ayat dia last malam tadi yang aku langsung speechless tak tau nak reply apa aku terus tutup mata rapat-rapat sebab terharu.

"ko tetap ada saya. pukul 1 ka, pukul 2 ka, kalau  ko mesej or call, saya angkat, saya teman ko. biar sampai pukul 6."

ko ada ex baik camtu? xda kan. hee. tata.

Friday 17 June 2011

when Alice fall in love.

salam! aku sebenarnya nak balik dari opis ni. tapi aku tengah mendownload something and masih da dalam 15 minit gtu. jadi kemungkinan aku akan balik lambat. come on la! sapa nak balik pukul 5 di tengah kota metropolitan? *suma orang bujang yang normal akan cakap camtu*. kalau kau dah berbini bersuami kang. humph. confirm ko nak nak balik kol 5. jam pun jam. yang penting dapat tengok family. kan? *berdasarkan penceritaan orang dengan aku la* sekarang masih bujang, joli jola la dulu. hee.

aku ingatkan nak pi field esok. tapi Danny da hal la pulak. jadi tangguh pi hari Ahad. aku suspek dia pi derma darah. untuk pengetahuan anda, Danny ni dah 8 kali derma darah. and esok pulak adalah hari penderma darah. elok sangat kan sambut untuk dia. haha. ada dekat tasik titiwangsa esok sambutan. pi la. aku tak dapat pi. 

jadi maksudnya esok aku xda benda nak dibuat. berlambak lagi drama xhabis tengok, tapi aku rasa macam nak beli some buku. walhal buku banyak lagi belum habis baca. haha. nak p mall. tapi malas sial nak bergerak. owh. skang aku dah da crush baru. Jerry Yan. ya, memang dah lama dah dia dalam industri, tapi aku baru tau aku suka dekat dia 2 malam lepas! *statement tak bole blah kan* bila dia smirk tu kan. adohaiiiiii. rasa terbuka semua rongga-rongga hati aku. keluar spora-spora, debunga cinta. haha. begitu la. sangat suka dengan smirk dia. senyum pun okay, comel. tapi aku sangat lemah tengok smirk dia. and dia ada killer features lelaki yang aku paling lemah sekali. which is.......................very beautiful shoulders. well toned, look mature, look good. 

bila lagi ko nak dengar aku membebel pasal lelaki kan? haha. tata.

Wednesday 15 June 2011

when Alice is in rage.

salam. aku nampak girlfie ku mengupdate jadi aku update gak la. haha. dia update baru aku update. dah lama tak jejak kaki kat ofis. rasa lain gak, tapi rasa erat jugak. and tiap-tiap kali aku sampai kat meja aku, mesti biskut aku dah abis. aku tau sapa yang habiskan, malas la nak marah. nanti aku habiskan barang dia pulak.

i am in rage. aku sangat penyabar. *self-said la* aku susah sikit nak naik marah. kalau panas pun 5 minit macam tu ja, pastu aku okay balik. dalam banyak-banyak kawan aku la, aku rasa alai ja la yang pernah tengok aku marah. time aku jadi ketua program dulu. aku marah gila, alai ja tau camna aku react time tu. aku jarang tunjuk kat orang aku marah. kalau boyfie tu lain cerita la. kalau kawan, hurm, alai la aku rasa satu-satunya manusia pernah tengok aku in rage.

kalau aku marah, aku memang jadi automatik pendiam. ramai ja pun orang macamtu kan. ko korek-korek baru aku akan cakap.tapi kalau marah-marah kena bakar lagi api aku, aku memang akan buat benda-benda sendiri. sebab kalau aku campur dengan orang, siap la orang tu.

dipendekkan cerita, ada satu manusia ni. aku tak paham la apa masalah dia dengan aku. tiba-tiba ja mendingin macam perang dingin. dahla aku tengok dia ni tiap-tiap hari. kalau nak gaduh dingin tiap-tiap hari mana syok wei. dia dengan orang lain baik gila. dengan aku macam aku ni tak wujud. aku ingat la, last time kami bersukaria aku tak layan sangat pa dia cakap sebab aku tengah main PSP. alahai kak. tak kan la tiap kali ko cerita aku kena dengar? consider la, orang pun nak masa untuk bermain gak. esok harinya, langsung dia tak cakap dengan aku, dia p main game handphone sepanjang hari. aku cakap dia buat don't know. gila la memberontak dengan aku sampai macamtu sekali. masuk bilik aku pun tak nak. makan sama-sama pun terus tak nak. sapa tak terasa wei? kita memang akan kena jumpa selalu. aku hormat ko, ko lagi tua. tapi ko kena paham, macam mana aku nak menang game tu kalau kena cakap dengan ko. time aku tak main game tak pulak kau cerita. pulak cerita panjang lebar. cut short la, biar save masa masing-masing. aku memang hangin 2, 3 hari sebab dia ni. terus aku diam ja, suma orang tanya aku jawab sepatah. biar biar. tak kan aku ja kena consider. salu aku pun. dia salu nak menang. dia salu nak bagus. ingat aku tak perasan? nasib baik aku sabar. hari ni pun aku kuar sebab tak nak campur dengan dia. biar dia tau. aku ni bukan orang menumpang. mungkin aku menumpang, tapi aku tak kacau sapa-sapa.

pftttt. puas hati. kesimpulannya aku masih geram and aku tak nak mengalah sebab ketara bukan salah aku. biar biar.

Monday 6 June 2011

when Alice meets Danny.

salam! hari ni tak cuti pun, tapi sebab aunty and uncle aku pi Kemboja aka Phnom Penh, jadi aku kena stay di umah ja. Maryam tak sihat, aku pun tak berani nak jalan-jalan lama sangat. (walhal tadi baru jalan dengan Danny and Boy!) semalam aku p la tempat aku akan jalani hidup aku untuk beberapa bulan yang akan datang. dengan Danny la, tu kan bestfriend baru aku. haha.

masalahnya kan, semalam terlampau panas and aku adalah seseorang yang sangat sensitif pasal sunburn dan penukaran warna kulit. aku secara semulajadinya agak putih, jadi mohon korang paham perasaan aku. nampak kulitku coklat sikit aku akan terpsycho dengan sangat hebatnya. macam kulit tu bukan aku punya. aku paham memang orang berkulit kuning dan kulit warna-warna lain akan cakap aku tak bersyukur, tapi bukan macam tu. dia macam, ko terkena luka atau mendapat parut. boleh hilang, tapi take time. aku tak reti nak explain, tapi macam tu la. macam badan ko terluka hebat. susah nak explain, biar la. yang penting aku memang agak tak senang kalau kulit aku jadi kuning biar sikit ja pun.

jadi sebab semalam tu terlampau panas, aku bawa Danny jalan-jalan dalam kereta ja. kitaorang tengok-tengok jalan. mana nampak yang besar sikit lokaliti, kitaorang stop, buat keja. mana yang kecik sangat kitaorang buat tak tau. mana yang terlampau besar, kitaorang bawa ke hari yang mendatang. haha. hebat kan cara kerja. itu la aku bila di bawah matahari terik. langsung tak berfungsi. dulu-dulu aku bole consider, aku masih muda. sekarang dah tua, kalau kulit tak cantik sapa nak suka kan. hahahaha.

dah dekat pukul 4, baru 5 lokaliti, tapi kami dua-dua dah lapar tahap nak mampus. jadiiiii. aku cakap kat Danny, jom pegi pantai. jalan ke pantai pun tak tau. haha. aku ikut instinct ja. sekali jumpa. ingatkan nak tengok tempat. sekali aku nampak jambatan panjangnya lebih kurang 500m begitu, aku dan Danny terus jadi hantu! hantu laut! aku ajak Danny naik jambatan tu, sebab muka dia tertulis "aku nak sampai hujung, aku nak sampai hujung!" memang ala-ala couple bahagia tengah bertitip cerita-cerita cinta, kami berjalan dengan slow and steady ke hujung jambatan tu. memang jauh, tapi tak terasa sebab sangat cantik! dalam hati aku, kalau Boy tau, masak aku. dah la bawa adik dia p dating, dating jauh-jauh, tengah laut lagi tu. tapi serius, tempat tu sangat cantik! pure beauty.

then aku bawa Danny jalan sepanjang pesisir pantai dia. nak patah balik dari jambatan satu hal. jalan pesisir tu macam, erm, 1 km. tapi tak tau la, sangat best jalan dengan Danny ni. dia tak la banyak cakap macam abang dia. tapi Danny memang supporting. kalau si Boy yang aku bawa, tengah jalan dah patah balik. haha. balik dari pantai tu memang termengah, tapi aku tengok Danny happy, aku pun happy. then kitaorang makan dekat tempat biasa, tempat sungai dan laut bertemu.

hari ni aku kuar juga dengan Danny, hantar Danny aku kuar dengan Boy. memang kena interview oleh si Boy, aku cakap kat dia, tak minat juga aku nak goda si Danny. haha. tapi semalam tu memang, marvelous. puas hati. hari ni berehat ja, aku pun masih tak recover habis ni. tata. wassalam. 

ni la jambatan yang panjang gila tu, laut dia pun tenang ja.

ni tempat kitorang makan. sangat romantik. malangnya, kami bukan couple. haha.

Thursday 2 June 2011

terbuka hati.

tiap kali girlfriend aku buat post baru and dia p letak nama aku kat situ, aku kan semacam ter-trigger utk menge-post dekat sini. aha. biasa la, aku da berapa banyak blog nak maintain. daily blog aku pun kadang-kadang skip 2, 3 hari. busy melampau. *kunun* haha.

hari tu, aku presentation memang first time aku rasa aku present dgn sangat sempoi. weii. kalau aku buat dekat UKM macam tu, aku memang xpass okey! dahla bahasa rojak habes. slide English, cakap melayu. aku pun xpaham dari mana aku dapat keberanian buat sebegitu. tapi segalanya berjalan lancar, and aku pun dah start pegi field. and aku ada teman field paling setia which is.....Danny.

kalau ko kenal aku, ko akan tau sapa Danny. aku kenal dia lama dah, cuma baru nak berjinak-jinak dengan dia. aku mengaku, aku ada satu masalah yang aku detect lepas aku break kan. aku sangat senang jatuh dekat laki. sukati laki lagi tu. rapat sikit aku rasa something, rapat sikit aku rasa lain. tapi aku loyal nak mampus (bak kata boyfie aku dulu). jadi biar la, sebelum aku jumpa bakal boyfie baru aku ni, baik aku try rasa camna suka dekat banyak laki kan? *hahahaha. sial gila ayat tu*

girlfriend aku tanya di blog dia, bila masalah 'ko bukan orang yang approach dulu'. aku paham syg, paham gila-gila. haha. sebab aku kalau dengan orang yang aku xkenal atau xbiasa, aku memang xkan approach dulu. macam, "what? ko nak cakap, ko cakap dulu la. aku sihat walafiat ja kalau aku xtegor ko." gtu la. tu bukan sombong. tu maksudnya, erm, boleh hidup berdikari. bukan hidup sendiri ah. da beza tu. nanti la kalau free aku cerita pa bezanya. *haha* aku memang suka mesej girlfriend aku dulu sebab aku rasa tu dah macam benda yang hari-hari aku buat. macam makan, mandi semua tu la. kalau aku xmesej dia, aku rasa lain.macam xlengkap hidup. begitu la.aku xkisah pun dia reply ka x, aku tau dia memang akan busy. lagipun dia xberapa kuat sms macam aku. aku hantu sms. *haha* kalau dia senyap tiba-tiba aku tau la dia tu ada kerja. bukan maksud kita malas nak layan. well, ada timing memang begitu la. tapi tengok orang la. aku dah biasa kalau dia tiba-tiba senyap. ala. macam kau berkapel juga la. boyfie ko tiba-tiba senyap, then ko p mesej berpuluh-puluh kali then merajuk, tengok-tengok boyfie ko eksiden sebenarnya. (ni pernah terjadi dekat aku, aku cerita balik ja). haaa. jadi dalam berhubung dengan orang ni kan. kita kena pikir 2 hala. perhubungan ni kan 2 hala. xboleh pikir dari sudut kita ja. kita kena pikir orang lain juga. orang lain xtegor bukan maksud sombong. mungkin dia tengah PMS ka, pikir duit ka, hafal rumus ka. so....

try fikir untuk orang lain gak keh? tata. =)

p/s nak beli buku Yakjuj & Makjuj. takpa la, sekali sekala berkorban untuk orang lain. =)

Wednesday 11 May 2011

susah nak maintain banyak menda.

aku mula2 memang niat nak hidekan identiti sendiri. *ceh* tapi ak dah da personal blog so rasanya xperlu la nak hidekan suma la kan? ak dah set, tempoh ak menghidekan diri adalah sampai bulan julai. lepas tu aku akan gtau satu dunia ak kat mana, siapa ak. *haha*

xlama lagi big presentation. ak dah jumpa bos besar, jumaat kang jumpa lagi. tu ja la perbezaan ak dari segi kerja. haha.

aku masih anak yg spoil. ak masih tanya bapa aku kalo ak nak something, nak clarify something, nak duit. *sial kan anak bongsu yg sangat spoil*. tapi bg aku la kan, ko jd org yg berkemampuan tu bukan la suatu dosa. kau menyalahgunakan duit yg ko dapat tu ke arah menda yg xberguna tu adalah dosa. x ka gtu? 

tapi ada satu menda yg memang dah sangat lain dalam diri aku. which is....my heart. bukan lagu my heart tu. haha. ak datang ke negeri ini dengan niat dapat overcome satu laki yg memang sangat menghantui diri aku. sekarang laki tu dah KO abis dah dengan sorg laki. ak xtau la camna leh lekat dekat laki ni, tapi yes. sejak kehadiran dia ni, laki pertama tu dah aku lupakan. kalau aku ingat pun, ak tengok muka laki kedua, ak terus dapat get over. aku rasa ni la kemanisan move on. sangat best. ko dah xperlu fikir pasal org lain, walaupun just sekadar tengok laki lain dari jauh, tapi, tetap rasa best. *kanak2 tengah jatuh cinta.. paham2 la. ahaha*
nak membebel panjang2 pun payah. ak duduk bukan belakang sekali. imaginasi aku ni berlebihan. ak salu imagine da org tengok dari belakang pa yg aku bebelkan. haha. tapi, rasa best gak la dapat tulis sekali sekala yg satu dunia boleh tengok.

oh, yes. dah lebih 4 bulan perasaan ini. so.........? =)

Thursday 10 March 2011

bila terlalu obsessed.

salam!
ingin dinyatakan di sini, aku adalah seorang wanita. jadi adalah normal aku menggelarkan seseorang mamat ni Abg B. x, aku xda boyfriend lagi, jadi suka hati la aku panggil dia Abg B. haha. semalam kitorang keluar beramai-ramai. then dia tiba-tiba cerita pasal dia dikejar seorang wanita. ingin dinyatakan la lagi di sini, Abg B ni single dan diminati ramai. bagi aku, Abg B ni memang baik la.

haa...senang hati bapak2 tgok Abg B ni..


dia cerita la time 2 tahun lepas kot, cerita lama ni. Abg B ni telah dicontact oleh seorang wanita, kita gelarkan H. H ni p mesej2 dia, start la nak menekel2, ho, pompuan tekel ok, ko ada?
H ni wanita serba boleh. semua ada. muka, body, duit, kereta. senang la hidup ko dgn dia. ko tengok sekali imbas pun ko rasa nak ambik dia jadi calon bini. (aku rasa la, aku x les, aku rasa jaa) then H mesej2 suma, Abg B p layan! mungkin Abg B rasa xda papa la punya tu. sekali H ni start call2 dia, mesej2 ala2 cumel, call dgn suara paling cumel abis, jalan senyum termanis n lenggok badan paling cun abis! biasa la, H ni montok. suma laki mau. awwwww~~!!
 ala2 gni la.. ka lagi seksi? mak pun xsure..

Abg B ni pun kuatkan iman setelah dikacau2. tapi xleh blahnya, H ni start hantar mms! haa! sapa x tergoda iman oi! aku pun xpernah takel laki sampai tahap gni. then H ni start jadi terlampau annoying, Abg B ni rasa lain macam. jd Abg B cuba ignored sehabis baik. dibalas dgn MMS hot! haaa! ko ada? then then, H ni salu call, H ni siap ngadu ngadan dgn Abg B yg baik gila ni. Abg B pun jd la pndengar paling tersetia. H siap cakap da org nak sabotaj dia, siap sampai H ni pegi jumpa bomoh n bomoh cakap, ya, ada. Abg B siap gtau famili dia, aunty2 dia pun dgar pompuan tu call dia, dgn suara ala2 doremon!
tapi bulan puasa okay, setan xda. tba2 Abg B rasa nak bawa H ni p jalan2 pas raya. SERAM! tp Abg B xsempat nak gtau dia, bila H tu p buat benda yg paling ko xkan sangka! dia p checkin hotel, tunjuk MMS dia p kelar2 tgan, n berharap Abg B p selamatkan dia!
WHATTTTTTTTTTTTT?
what the murah pompuan tu????????? ni dah kes terlampau obsessss!!! Abg B pun mmg seram melampau, dia buat dunno jaaaa. esok2 then, H tu p jumpa Abg B, nangis2 cakap napa Abg B xdatang, dia berdarah2. Abg B xlayan. then pastu suma2 mesej, call, mms, Abg B buak dek jaaa. mana tak nyaaaa. ko xseram ka pompuan checkin, kelar2 tangan semata2 nak ko p hotel???
ni pompuan obsess memiliki, bukannya akibat cinta. semua orang tahu, dia suka Abg B. tapi kitorang xsangka ini pulak jenis suka dia.
haaaaaaaaaaa. wanita2 di luar sanaaaa. kalau laki xlayan, sila paham signal tu. jgn p buat benda bukan2. jgn go overboard! kita pompuan, da maruah. kalau kita xjaga, serius! kita xkan kena hormat dah. okay. ni ja bebelan mak hari ni. peace!

Tuesday 8 March 2011

haaaa.

salam!
tujuan blog ini dibuka adalah kerana bestfriendku telah membuka blog and aku xtau papa pun! haaaa. tinggalkan daku sorang2. seh. aku da blog actually, but totally private. this one pun aku try nak buat as mysterious as ever. *ala-ala gaya gossip girl la, kunun!* haha. aku cuba buat my life as open and as private as i can. kalo korang kenal aku, kenal la. kalau x, xkenal la kan.
basically, aku nak luah apa pandangan aku kat dunia, tanpa perlu menyebut nama siapa-siapa. kalau terpaksa sebut tu minta maaf la tuan punya badan! aku nak mantapkan dulu, baru aku kasi publish-publish. seh.
seh! tu ja la dulu.
=)