Thursday 8 December 2011

when Alice ada beberapa minit untuk menulis.

salam. lama dah tak tulis papa. haha. sekarang makin busy. busy ini. busy itu. minggu lepas dengan minggu ni sangat jarang pi berhibur. tight budget tanpa sebab. dinner pun maggi ja. haha. kena save duit dah umur-umur macam ni. leh guna buat kahwin. ;p

nak tulis apa? aku ada Noel sekarang. apa Noel? teka sendiri. haha. sekarang pun dah jadi makin berdisiplin. orang makin banyak bergantung dekat aku. aku kena bawa dorang ke jalan kebenaran. apa yang tak berubah? ermmmm. status? haha. tak berubah. in an invisible LDR. ;p

mood happy. esok pi lab lagi. hujung minggu da site investigation. bunyi megah entah papa walhal biasa ja. haha. best juga rasa sekarang. semua ada. puas hati la. =)

harap-harap korang semua dalam mood yang happy juga. 
amin.

Monday 14 November 2011

when Alice punya flight kena reschedule.

assalamualaikum.

rasanya beberapa hari ni memang kena call hotline. hari tu PTPTN. then MAS. okeh. aku nak marah MAS sebab rescheduled my flight and langsung tak kasitau yang flight dah kena rescheduled. dia nak tukar pi mana tak kisah pun. tapi BAGITAU. that is the most important thing. ni tak. check in ja cakap flight number tak exist. kita pulak yang kena keluar duit telefon hotline diorang tanya apasal takda number flight tu.

then called la hotline. the perempuan tu sangat bagus. siap main ABC kamirang. haha. X for X-Ray, N for Norway. ya la. nak recite reference number tu bukan senang. huruf semua tu. mula-mula recite salah ni. siap gelak dalam telefon kitaorang sebab nama yang keluar tu seriously tak ngam untuk aku. haha. jadi recite sekali lagi, dia tolong check semua and yes. that woman is very nice.

okay la hotline MAS. mesra. takda perang-perang. and tadi aku baru pi follow up balik dengan PTPTN. hotline kali ni seorang perempuan. and this one is very, very, very nice. sangat profesional. details kita dia ambil satu-satu. siap kasitau nama dia siapa. nice nice. tapi tak ingat nama dia. tapi memang best.

jadi siapa-siapa nak call PTPTN. call ja. dorang memang best. MAS pun okay. just one thing ja. jangan call time korang marah. =)


Friday 11 November 2011

when Alice menelefon PTPTN.

assalamualaikum.

aiseh. pagi-pagi rajin gila blogging. hehe. semalam dah buat 4 slides. okay la tu berbanding takda papa dulu tu. nanti nak buat lagi. kena rajin berusaha. esok mungkin pi jalan-jalan. mungkin.

hari ni nak cerita pasal PTPTN. aiseh. siapa yang suka PTPTN ni? aku ikhlas tak gemar tapi diorang memang dah tolong kita belajar jadi aku tak cakap aku suka, tak cakap tak suka jugak. cakap tak gemar ja. cakap tak suka macam tak mengenang budi. aku adalah antara orang yang tak apply ujrah atas banyak sebab. apa-apa penambahan ja atas bayaran tetap dipanggil riba and bagi aku, ujrah tak ujrah, tetap riba.

and kita tetap kena bayar kos asal + kos penambahan.

kalau sambung cerita kang jadi ustazah aku, jadi next time la. aku ni tak suka berhutang. siapa yang dah tengok hidup bekerja aku confirm tahu tu. da hutang sikit aku nak bayar cepat. sama macam PTPTN ni. dapat duit gaji, first thing aku akan ingat is PTPTN. banyak portion gaji aku, aku salur dekat PTPTN. biar sikit ja kos tambahan aku kena bayar month by month. tetap juga kos tambahan tu banyak. camna la tu? aku cakap kat diri aku sendiri, aku hanya akan kahwin lepas habis bayar PTPTN. apa la kahwin tapi berhutang kan? jelas-jelas financial tak kukuh. tapi.... bila la tu baru habis bayar? kuang kuang kuang~~~

pendekkan cerita. semalam aku tolong bayar untuk Boy dia punya PTPTN. entah syaitan mana pi masuk internet aku tiba-tiba transaksi aku gagal. paling sadis, aku punya akaun kena tolak. dahla time tu maghrib. makin la urat buluh darah aku penuh dengan syaitan. tapi nasib baik dapat bertahan, tak pi marah-marah suka hati. kena rasional. ni pasal duit. nekad. esok kena call PTPTN. 

ni baru pas call la ni. aku kesian kat PTPTN. orang cemuh diorang berbagai. (termasuk beberapa ayat aku dekat atas tadi tu, cemuhan sopan) jadi aku puji diorang la bawah ni. dia punya pegawai khidmat pelanggan sangat okay. selamat pagi semua-semua. tanya pun elok-elok. mamat lelaki la. aku paham juga konsep attraction antara gender berbeza. tapi tak kisah la, dia layan baik. siap tolong isi borang aduan. minggu depan follow up balik macam na duit tu. aku perasan juga ledger bulan 10 tak update lagi untuk semakan PTPTN. tapi tu urusan ledger. yang aku nak puji abang pegawai khidmat pelanggan tadi. hehehe.

jadi korang, kalau nak call dia punya pegawai khidmat pelanggan yang 03-20804455 (ingat sebab banyak kali call tak through operator which means call kita tak masuk) korang call ja. sopan betul dorang ni. (bukan salu kan orang puji PTPTN. aiseh) aku ja mati-mati ingat ada perang ka apa dengan dia punya pegawai tadi. well, depend dengan korang yang nak call juga kot. kalau korang marah-marah, dorang marah-marah juga la kot. entah. aku cool ja tadi. biarpun duit aku dah kena potong. kalau tak, refund refund refund. kalau dia tak refund.... tu kes lain.

just nak cakap abang PTPTN pegawai khidmat pelanggan tadi memang cool. selamat hari raya aidil adha bang. =)

Thursday 10 November 2011

when Alice is waiting.

assalamualaikum.

aku dah siap minit mesyuarat semalam. time maghrib lagi tu buat. bayangkan betapa tak produktifnya otak time tu. then moody gila semalam. aku ingat nak start buat pa yang boleh nanti. macam timing tak suruh aku buat awal-awal. bila aku sendiri yang naik nervous, bahaya tau. aishh.

aku buat ja la apa yang ada dulu. salu aku buka powerpoint tu terus aku tak tau nak buat apa. teruk betul la perangai dan otakku. kena kasi biasa ni mengadap powerpoint tu sampai idea datang.

macam takda idea nak tulis apa. aisehh. macam ni la aku depan powerpoint. taip-taip then padam. tongkat dagu beberapa saat then pusing-pusing kerusi. apa niii.

doakan aku ada idea untuk menulis. amin.

Wednesday 9 November 2011

when Alice dah tak mahu jadi geisha.

assalamualaikum.

*try tulis salam tanpa googling* haha. lucu kan. anyway, selamat pagi. hari ni kena semangat lebih sikit. aku nak start buat progress tu. macam banyak betul benda nak kena buat tapi otak aku prefer last minute. kalau orang tanya aku kan, "ko tak takut ka buat kerja last minute?" siapa yang kenal aku, dorang tau, aku ni sorang yang sangat optimistik. aku bukan sekadar optimisitik, aku sangat optimis. bagi aku, last minute tu bukan a disease ataupun sesuatu yang menakutkan, its a catalyst. catalyst biar kita buat dengan lebih baik. kalau buat awal sangat there is a chances yang aku akan menyeleweng. well, i am talking about myself, it is not applicable to all human being. hehe.

owh, talking about tak nak jadi geisha lagi, yes. dah tak mahu dah jadi geisha. penat. after all tu bukannya my husband ka apa. just sekarang ni, kalau nak mintak bayar PTPTN tu ja me akan contact dia. other than that, no. kalau dia mesej baru layan sekali dua then cukup la. he is the past, i am moving on. each day pun akan moving on. day by day kita akan lupa apa yang ada di belakang yang buat kita sedih. kita akan bergerak ke hadapan dengan benda yang happy. 

and i am not bringing our memories to the future together with me.

i prefer to just left it in the nearest saving point, let the game saved, and moving on with a new saving slot, let his slot sit alone, untouched. we had enough. i had enough too. we are friend, we are syncing as a friend.

so......right now i can concentrate cari that people yang akan tie me down. inshallah. =)

Tuesday 8 November 2011

when Alice is MIA for few months.

assalamualaikum. aisehmen. lama gila aku tak blog papa. busy melampau pun satu hal. tak nak buang masa pun satu hal. kalau tanya aku guna masa dengan berhemah ka tak, macam.....ya dan tidak. haha.

aku nanti kena buat paper. tak start pun lagi. abstract buat setengah jam. bertuah punya budak kan aku ni. aku pun memerangkap setiausaha, jadi banyak kerja la. mana lagi nak mengajar. tension sana sini.

blog private tu pun aku tak update sangat dah. walhal banyak benda best terjadi. tapi aku pilih untuk let it be, enjoy ja apa yang berlaku. benda yang best, of course, akan lekat dalam otak and hati, bukan di blog semata-mata kan? lagipun bagi aku event yang terjadi semenjak dua menjak ni lebih bersifat personal, its my happiness. bukan tak nak share, just tak boleh share. aisehhhhhh. ;)

mungkin jadi lebih matang, aku tak kisah pun disebut matang ni. yala, matang tapi masih gila-gila. tak la nak jadi budak kecik ja selalu. makin banyak benda and matters yang memerlukan otak berfikir dengan logik, no more stupid punya suggestion. kau cakap benda-benda bodoh ko jugak yang kena. dalam meeting pun fast paced. time dekat universiti dulu panjang gila meeting, benda tak berguna selalu kena ungkit. ughh. first time aku metting dengan diorang senior officer hari tu, otak digenerate dengan sangat baik. takda ketawa-ketawa. mulakan soalan pun dengan basmallah. we talk things here, not joking. perghhhh. tak lama lagi tua la aku pasni.

dah takda masa nak buat drama. hari tu menangis time driving pun aku rasa macam bodoh. haha. jangan tanya kenapa. tapi yang penting, dia tak nak aku sedih jadi.....jangan sedih! senyum!

entah korang paham ka tak. hahahaha. yang penting aku paham. tataaa.

Wednesday 14 September 2011

when Alice rasa macam mau bunuh orang.

ada satu mamat ni. aku serius rasa macam nak bunuh dia. dari aku touch down. salah. dari aku kat rumah lagi. salah. dari tahun-tahun yang lepas, asyik nak menyusahkan akuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu ja keja dia. sikit-sikit aku yang kena cover. sikit-sikit aku yang kena consider. seriously, kalau ko tak pandai nak berubah, pergi JAIS sana mengucap, call bapak aku, tunggu dia sampai, then gi masjid, kita kahwin ja.

yes, aku serius. aku rasa macam penjaga rumahtangga dia yang setia. in fact, aku ada ciri-ciri bini yang bakal kena madu kalau dengan dia ni. lagi tepat, bini paling tua. arghhh. geram aku. semua benda aku kena cover. salah sini, salah situ. duduk diam-diam. jangan buat perangai. ko buat perangai boleh la? dasar jantan.

aku tak tahu takdir nak bawa kami pergi mana, berapa kali maaf aku akan kasi kat dia pasni aku pun tak tahu, tapi aku memang dah penat. yes. yes. banyak kali dah aku cakap aku penat. tapi pusing sana, pusing sini. dia jugak.

aku penat. sabar aku menipis. uffffffffffff.