Friday 29 July 2011

when Alice is in working mode.

salam. tadi kebosanan. pastu laptop hang kejap sebab Winamp. dah makin tak stabil pulak Winamp. nanti la update baru. minggu ni rasa sangat produktif! suka suka! akhirnya setelah berjaya bangkit daripada mode 'data yang langsung tak lengkap', tiba-tiba terbuka hati nak pi lab thin section.

dan duniaku berubah serta merta. kalau dulu, tu la tempat lepak pagi-pagi sambil makan roti sambal bilis gardenia. haha. sebab lambat buat thin section kan, time aku dengan partner in crime aku buat thin section dulu tu, orang lain banyak dah tak pi dah lab tu. lain tau perasaan dia. rasa sangat nostalgik. then kakak aku pun bising dengan menyentap aku bahawa aku ni macam buang duit ja, kerja langsung  tak buat, melancong ja lebih, jadi aku pun dengan yakinnya memotong satu batu.

sakit wei tangan aku sampai sekarang. lemah gila. haha. tapi best. sini corundum banyak gila. ikut suka hati kau buang ja. lakeside cement pun bersepah-sepah. sampai boleh bina rumah mini model. haha. lucu aku tengok. sebab sekarang tak ramai lagi orang kat sana, baik aku buat mana yang ada dulu kan. ni nak turun sambung lagi la ni pasni. dah 4 batu habis potong. ingat rehat la dulu kejap dari potong batu. nak gosok atas cermin dulu. sambil emo-emo sendiri.

haha. takpa. malas nak emo-emo. sehari dua ni pun dah cukup emo. yosh! usaha! hee. tata.

wassalam.

No comments:

Post a Comment