Saturday 20 August 2011

when Alice dah sampai rumah!

salam. aku dah sampai rumah. hee. semalam sampai terus tido tak sedar diri. bangun sekejap, ambil wudhu, buat Zohor, tidur balik. bangun sekejap lagi, ambil wudhu, buat Asar, tidur balik. bangun sekejap. OH TIDAK!!!! dah nak maghrib. cuci muka, main dengan kucing 10 minit, terus azan. teruk kan? aku pun istighfar panjang-panjang semalam. tapi logik la. aku tak tidur beberapa hari ni.

raya ketiga baru aku akan rasa sangat excited. semua family aku balik time tu. orang tersayang pergi jauh minggu depan. sedih tapi takpa la. boleh jumpa lagi. doa yang terbaik untuk dia. dia boleh tu. hee.

aku tak tau juga nak tulis apa ni. aku dah addict game facebook balik. mafia wars tu memang dah lama main. terus aku jumpa The Sims Social. yahh. best. addictive juga la. main MapleStory. itu aku memang main dia punya MMORPG. aku gamer tahap hardcore. nak buat camna. dulu game kat facebook ni tak memuaskan sangat bagi aku. aku nak excitement. graphic. quality. yang gerakkan minda. bukan sekadar meklik-klik letak pokok-pakak sana sini. tak. and sekarang ni, game facebook dah makin berkualiti. tahniah facebook! *tiba-tiba kan*

kalau korang minat hindustan and minat lagu punjabi, cuba dengar lagu rabba main toh mar gaya oye. bawah tu da dari youtube. aku suka yang melampau-lampau lagu tu. dia classic + contemporary punya style. tapi dia tetap preserve style punjabi. sedap sialll. perghhh. aku dah on repeat dari minggu lepas. OST lain-lain dari filem Mausam pun sedap gila. memang ton punjabi yang cantik. sedap sedap sedap sedap. thumbs up la dengan dia punya composer. excited gila nak tengok dia punya movie nanti, Mausam. ada boyfriend aku dalam tu. haha. aku minat gila Shahid Kapoor. oh, sangat excited!

pelik kan aku. bole tau pasal incoming film hindi. hee. aku lebih suka tengok filem hindi dari drama korea. jadi korang tak bole nak marah aku juga aku tak follow korea. hee. okay la. selamat berpuasa. sayang korang. wassalam.



Tuesday 16 August 2011

when Alice is happy.

salam. hee. happy gila hari ni. map dah siap label walaupun serius sangat kosong and kalau dibawa tengok boss esok ni confirm kena marah, tapi at least dah siap, sangat bahagia. hee. and tadi dah bank in duit untuk tudung bawal. serius, aku lebih suka tudung bawal. sampai tua la nak dengan tudung bawal ja. haha. muka aku panjang, tak ngam pakai tudung ekspress and selendang. tudung bawal bagi ilusi muka bujur dekat aku, tu yang aku suka.

aku suka Ramadhan kali ni. walaupun permulaannya aku sangat stress sebab terkejar-kejar benda yang tak patut. tapi Ramadhan ni telah membukakan mata aku. siapa yang sayang aku, siapa yang tak sayang aku, siapa yang sayang aku dalam diam. hee. siapa yang tak pernah putus asa teman aku walaupun dia stress and siapa yang tak nak tunjuk kat aku dia stress tapi nak juga usaha teman aku.  

siapa yang dari mula lagi tolong aku, tanpa harap apa-apa pun, biar susah mana dia nak juga tolong aku.

aku pun terkejut sebenarnya. aku tak pernah suspect orang ni akan cuba sedaya upaya untuk aku. in fact, aku tak tengok pun dia dari mula. sekarang time puasa ni baru nampak. alhamdulillah. terkejut tapi lega. syukur kepada Allah.

bila dia tanya aku hari tu, aku senyum automatik. tak dapat tahan. sangat spontan dia cakap. and aku nampak dia senyum juga walaupun dia nervous. hee. tak lama lagi dia jalan jauh. sedih juga la sebab baru perasan sekarang. and tak gunakan apa-apa peluang pun. tapi bagus la juga. lepas dia balik nanti kalau dia masih berkenan, kan bagus. aku tak ready pun nak jump ke dalam mana-mana responsibility sekarang ni. responsibility sekarang pun setengah nyawa aku cuba buat.

insyaallah. kalau ada jodoh tak kan ke mana. wassalam.


Wednesday 10 August 2011

when Alice found her light.

salam. kali ni mood sangat baik. baru balik dari ceramah agama. ko jangan main-main! ceramah agama tengah hari buta! haha. mula-mula aku syak wasangka juga la. napa buat ceramah agama time tengah hari. jadi dengan yakinnya bawa buku field, konon untuk baca. haha. gila teruk punya perangai kan. sampai-sampai tempat belum da orang. tapi da boss besar nombor 2 kitorang. dia baik gila. and dia suka cakap dengan aku, menyebabkan aku rasa kurang selesa sebab yang lain tak kena layan. adeiii. sepanjang ceramah tu pun dia suka tengok aku. ehem! perempuan okay. aku ni muka macam calon menantu kot. hahaha.

rewind balik pi awal pagi. meeting tadi first time kan aku. jadi blur-blur dan langsung tak cakap! jadi tukang gelak ja. ketua unit macam nak bawa aku bercakap, tapi, aku memang bukan jenis cakap jadi minta maap bos! aku nanti tolong ketua projek. takda kerja spesifik. woohoo. dahla aku ada history kurang baik dengan ketua projek. takpa la. tadi duduk sebelah dia, dia macam okay ja. dia jenis main lepas ja kan. seriously, dia adalah antara orang yang aku sangat lepas cakap. aku hari tu cakap dengan dia aku tak nak tengok muka dia. nah! pernah ko dengar aku cakap camtu dekat orang lain? takda kan? time degree dulu pun takda aku cakap camtu. haha.

berbalik kepada ceramah agama, aku sangat suka la ustaz tu. aku like berkali-kali la dia ni. dia jenis sentap, tapi sentap dia nice gila! aku requote balik apa yang aku ingat, kalau salah, tegur-tegurkan la. dia bagitau, "siapa cakap ko kena pi terawih tiap-tiap hari? sunat ja tu." aku suka ayat tu. orang kat sini treat terawih tu macam wajib. aku tak suka. kalau tak pergi macam salah. "sapa cakap kita kena buat 20 rakaat? ko malu nak kuar awal jadi terpaksa buat 20? sapa suruh?" lagi aku suka. dia cakap 20 rakaat tu adalah untuk bagi penghormatan dekat Saidina Umar al-khattab sebab dia yang selalu terawih 20 rakaat. Rasulullah buat 8 rakaat. and Baginda tak buat tiap-tiap hari. banyak benda dia cakap tadi aku suka. aku taip ja la. alang-alang. haha. pasal niat. niat dan lafaz tu dua benda yang lain. tapi dia synchronize. tu yang buat perfect. time solat, niat yang wajib, bukan lafaz. Rasulullah solat terus angkat takbir. ya la. niat memang dah ada dalam hati kita. kita tengok jam, eh Zohor! nak Zohor la dulu. haa. kan dah niat dah tu. simple kan Islam.

ustaz tu cakap lagi bulan puasa ni da 6 benda kita kena ingat. first, kita puasa ikhlas kepada Allah SWT. kenapa kita nak rushing pi terawih walhal tak wajib pun tu? sebab bulan puasa adalah bulan kita paling ikhlas. keikhlasan kita wujud sendiri, tak perlu sebab papa. second, niat. ingat! niat dan lafaz lain. cukup ja dalam hati niat nak puasa. tak perlu bagi alasan lupa nak lafaz puasa jadi tak nak puasa. third, jauhkan diri daripada syirik. kalau kita syirik, kita takkan kena maaf Allah, kecuali kita taubat. pemahaman sekular adlah menghampiri syirik, tak pun memang dah syirik, jadi tanya diri sendiri la kita ni pemahaman sekularisme ka tidak. jangan percaya benda-benda selain Allah. baca al-Quran, berapa kali Allah cakap jangan duakan dia? banyak kali.

fourth, ikut sunnah Rasulullah. yang sebetul-betulnya. bukan hadis palsu. tuntutlah ilmu hingga ke negeara China tu hadis palsu. walaupun bagus, tapi kita tak boleh cakap tu hadis. jangan ubah-ubah hadis, dosa. check dulu sahih tak hadis tu, bila dah yakin baru pi war-warkan dekat orang. fifth, jangan tamak. pi bazaar, jangan tamak. bazaar tu pun bukannya ada dalam Islam. kita boleh tolong orang berniaga, tapi jangan sampai sendiri rugi. sixth, refresh balik kualiti ibadah kita. cukup ka tidak. tak cukup, tambah. sedekah sikit harta. bagi kat anak yatim ka.

banyak benda aku belajar. nak tulis banyak lagi. tengok la kalau rajin buat part 2. hehe. best tau ustaz tu. last, dia bagi soalan bonus. napa manusia tetap juga nak buat dosa time Ramadhan? cepat fikir sebelum pi perenggan seterusnya! fikir 5 minit, cepat!

dah?

pikir lagi!

ni....

sebab syaitan dah didik kita 11 bulan. kita dah belajar cukup-cukup. pass exam. CGPA pun boleh tahan. cuti semester kita dengan syaitan ni la bulan puasa. then Syawal kita enroll balik pengajian dengan syaitan ni.  tambah balik mana yang lupa time Ramadhan.

best kan jawapan dia? double triple meaning. fikir-fikir la. banyak maksud di sebalik ayat-ayat sentap tu. wassalam.


Tuesday 9 August 2011

when Alice is feeling better.

salam. hee. hari ni mood aku lebih baik dari semalam. in fact, jauh lebih baik. ada la sebab diaaaa. panjang cerita tapi ketahui la ianya atas dasar yang baik. hee. semalam iftar dengan geng-geng ofis. rasa sangat best walaupun biasa-biasa ja kami makan. tak lama lagi balik, kena salu lepak-lepak dengan diorang.

balik rumah semalam nampak satu mutiara sangat cantik. lebih cantik dari mana-mana mutiara. aha. cousin baru. 7hb hari tu dia lahir. tak ambik gambar lagi sebab tiap kali nak ambik mesti tangan penuh kiri kanan. syasya nama dia. nama full tak tanya lagi. uncle nampak penat. aunty pun camtu gak. tapi gigih gila dah naik turun tangga, mandi semua. kalau kakak aku tahun lepas, adeiii. tapi ni dah anak ketiga dia, logik la jugak dia macam dah biasa. cousin-cousin lain kecil lagi kan semua. abang sulung mungkin paham, tapi yang no 2 tu baru ja sambut birthday 1 tahun, dah jadi kakak. adeii. kalau aku kang, camna ah? ada la planning. tak bole bagitau dulu kannnnn. hee.

hari ni nak buat log. tiga-tiga log kalau sempat. first log tadi dah salah buat. nasib baik bulan puasa. padam then tak bising-bising. malas nak bising. buat kering tekak tengah puasa ni ja bising-bising pasal benda tak berbaloi. baru buat satu, dah nak siap tapi tengok dah jam satu lebih jadi rehat la kejap. nanti sambung balik. malas nak push diri sendiri sebab rasanya aku down sebab aku push diri terlampau-lampau minggu lepas. slide dah siap 2 keping, tapi pikir-pikir balik, benda basic macam map dengan log belum mantap, napa nak tergesa-gesa siapkan slide? jadi nak slowkan balik rentak. tak perlu rushing, pelan-pelan. okay ja tu nanti, kan?

esok ada meeting. haha. sejak bila la aku ni perlu pi meeting pulak. takpa la. maksudnya esok kena turun awal. oh no. hari ni pun aku pasang 5 alarm dah tetap lambat 30 minit bangun? aisehh. jadi pengajaran untuk hari ini, senyum selalu, pasang niat yang baik, buat kerja diam-diam, Insyallah, Tuhan tolong kita. =)

tata. selamat berpuasa. wassalam.


Monday 8 August 2011

when Alice is confused.

salam. walaupun dah seminggu tapi tetap juga nak cakap, selamat berpuasa! tak pecah lagi, bangga. haha. hari tu pi field time puasa ketiga, dah la tak bangun sahur. ya Tuhan, hanya aku yang memahami perasaannya tu. tekak kering gila. seluar pulak koyak. nasib baik pegi dengan manusia paling memahami perangaiku.

nak gitau la, seminggu lepas rasa sangat...lost. aku tak paham napa. orang cakap A aku akan tanya balik napa A? napa bukan AA? aku baca buku, ayat dia cakap B aku akan tanya dalam hati aku napa bukan BB? aku nak ja lawan setiap benda yang dibentang kat depan aku. aneh. sebab aku bukan jenis melawan. jadi bila aku mendapati diri aku melawan setiap benda yang disuap dekat aku, aku rasa aneh dengan diri sendiri. and terus lost sebab aku tak puas hati. apa yang aku tanya takda orang jawab.

and lama-kelamaan aku makin kurang sabar. ni macam bukan aku. eh, salah. ini memang bukan aku. aku nak tunggu ada orang smash aku kat kepala, suruh aku sedar. dah-dah la melawan cakap orang, dah-dah la pilih benda yang salah, cuba la untuk bersabar. banyakkan berdoa, jangan putus asa. satu hari nanti akan datang benda yang baik. apa yang aku pilih selama ni banyak yang salah. aku suka benda yang salah, yang tak bagi manfaat, walhal. aku boleh ja dapat benda jauh lebih baik. jalan aku betul, niat pun kena betul jugak. jangan duduk mengelamun dan bersedih atas benda yang salah. pilihan yang salah. bergembiralah sebab pilihan salah tu tak kacau hidup lagi. jangan la sedih sebab pilihan yang salah. boleh tak seseorang smash aku sekarang sambil sedarkan aku? aku sedar tapi aku tak buat. apa la tu? degil? mungkin, aku degil. nak juga buat benda yang salah. tapi aku tak mau kena hukum Tuhan baru sedar. tak mau. aku tak sedia, aku tak mampu. Nabi Yusuf sanggup dipenjara bertahun-tahun daripada terus digoda. kenapa aku tak boleh bersabar dalam sejam dua?

Ya Allah, tolong la aku. kalau bersedih akan bawakan aku ke jalanMu, sabarkanlah aku dalam kesedihan ini, aku percaya kelak aku akan gembira di hujung hari, dekat padaMu, dan bukan di jalan yang sesat. 

Amin.